Khamis, 30 Oktober 2008

RM5 bilion KWSP untuk BSKL

BERITA GEMPAR : Najib beritahu peruntukan RM5 bilion untuk menyelamatkan Bursa Saham Kuala Lumpur adalah diambil dari tabungan KWSP:

"KUALA LUMPUR, Oct 21 — Finance Minister Datuk Seri Najib Razak said today the government will borrow RM5 billion from the Employees Provident Fund to fund government investment agency Valuecap Sdn Bhd.

"It's not part of the Consolidated Fund. It's a loan from EPF," said Najib.

The Deputy Prime Minister pointed out that the loan would not be part of the Budget 2009 allocations for spending announced last month.

Yesterday, Najib announced a host of measures to boost the economy and protect Malaysia from the effects of the global financial turmoil."

Komen Putra Revolusi:

Sedih saya mendengar berita itu. Mula-mula dulu kerajaan ambil wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat kroni, tapi kini bila harga minyak semakin jatuh dan keuntungan Petronas semakin menguncup kerajaan ambil wang rakyat pula untuk menyelamatkan kroni-kroninya yang rugi besar akibat kejatuhan harga saham.

Soalnya wang KWSP ialah wang simpanan rakyat, jadi siapa yg mengizinkan wang rakyat itu diambil untuk menyelamatkan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)? Berapa ramaikah dari pencarum KWSP yg melabur dalam pasaran saham kita? Nampaknya lepas ini semakin luaklah duit simpanan rakyat dalam KWSP,…habis hangus berjudi di BSKL yg sedang jatuh merudum itu.

Saya sedih, sedih sungguh dengan kaedah perompakan wang rakyat yang begitu licik itu. Mujurlah kita rakyat Malaysia ini agak lembik dan tak suka bising-bising. Kalau di negara luar yg rakyatnya lebih cerdik dan prihatin dengan isu-isu ekonomi sebegini, habislah kerajaan kita.

Tahniah kepada Najib, Menteri Kewangan baru yg telah membuktikan bakatnya yg begitu besar dalam mengurus ekonomi dengan merompak wang rakyat. Tahniah Najib, tahniah. Apa lagi yg akan anda lakukan kepada rakyat Malaysia yg baik hati ini selepas ini?