Sabtu, 1 Ogos 2009

ISA dari Siasah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Perhimpunan Mansuhkan ISA dianggap berjaya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila lebih 100 ribu berhimpun di ibu negara hari ini walaupun mereka tidak berjaya berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum akibat sekatan tegar polis.

Dalam sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan GMI di pejabat agung PAS, Anwar berkata, tindakan tegar polis menghalang perarakan ke Istana Negara menyebabkan peserta perhimpunan berselerakan di seluruh ibu negara.

Turut serta berada di ibu negara adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sebahagian besar peserta perhimpunan pula berhimpun di tiga tempat iaitu Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni. Namun mereka tidak berjaya berkumpul sekali untuk berarak ke istana kerana sekatan tegar polis.

Mereka hanya berjaya berkumpul sekejap di depan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk mendengar sedikit ucapan pimpinan Pakatan sebelum disembur air dan gas oleh polis.

Anwar kemudiannya mengadakan sidang media dalam bangunan pejabat PAS itu bersama pimpinan Pakatan dan GMI.

Anwar berkata, memorandum 10 tuntutan akan dihantar ke istana Negara apabila suasana mengizinkan.

Lebih 200 peserta pula ditahan polis termasuk para peniaga yang disyaki menjual barangan berkaitan Pakatan Rakyat dan ISA.

Antara tokoh yang ditangkap adalah Mujahid Yusof, Sivarasa Rasiah, Norlela Othman, Aiman Athirah Al Jundi dan beberapa nama besar lagi.
Posted by Siasah at 5:05 PM 41 comments
Polis terus berkawal dan buat tangkapan

refresh untuk terkini

5.45 petang

FRU dan polis terus menembak dengan pancutan air di sekitar masjid Jamek. Semua yang lalu berhampiran kawasan itu terkena semburan air itu, lapor rakan Siasahdaily dari sana.

Polis juga terus mengawal dan membuat tangkapan di sekitar Sogo dan Masjid Negara. Kira-kira 2,000 masih berada di Masjid Negara.

Jalan menuju ke Istana Negara terus ditutup kepada semua kenderaan.

5.20 petang

Suasana masih hiruk pikuk di Masjid Negara apabila jamaah yang menunai Solat Asar di sana terpaksa berdepan dengan semburan air dari polis. Ekoran itu takbir bergema di situ, lapor rakan Siasahdaily di sana.

5.00 petang

GMI akan menghantar tuntutan 10 perkara kepada Yang Dipertuan Agung walaupun tidak berjaya ke Istana Negara hari ini. Datuk Seri Anwar telah membacakan tuntutan itu dalam sdiang media di Pejabat Agung PAS sekejap tadi.

Turut hadir dalam sidang media adalah para pemimpin Pakatan dan GMI.

4.50 petang

Lebih 15,000 berkumpul di perkarangan Pejabat Agung PAS, JalanRaja Laut. Para pemimpin Pakatan memberikan ucapan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis di situ bersurai apabila Abdul Hadi selesai membacakan doa.

Lebih 200 sudah ditangkap namun para peserta perhimpunan berusaha untuk meneruskan agenda mereka iaitu ke istana negara. Lebih 20,000 kini berada di tiga pusat utama, Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni.

Pusat tahanan adalah Balai FRU Cheras. Mereka kini sedang memberikan keterangan kepada polis. Antaranya adalah peguam Sivarasa Rasiah.

3.00 petang

Sekumpulan peserta perhimpunan mengadakan solat hajat atas Jalan Kucing dekat bangunan Dayabumi. Mereka dipimpin oleh Mujahid Yusof. Namun mereka juga disembur dengan air oleh polis dan terpaksa bersurai.

Peserta yang berkumpul di Sogo diarah ke Jalan Raja Laut dan kumpul di depan pejabat PAS. Mereka kemudian mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat di sana.

1. 40 petang

Tiga penggerak wanita GMI ditangkap di Sogo. Norlaila Othman, AJK GMI (isteri Matsah Satrey yang masih dalam tahanan ISA) bersama anaknya Noshita Mat Nor ditangkap bersama AJK Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi. Turut ditangkap Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) .

Tiga lelaki juga ditangkap di Masjid Jamek namun belum dapat disahkan nama mereka bertiga.


1.20 petang

500 penyokong mula memenuhi sekitar masjid Jamek namun sehingga kini belum kelihatan para pemimpin PAS, PKR atau DAP lagi di kawasan perhimpunan.

Mereka kemudiannya lari ke Masjid India dan Pasar Seni apabila polis menghalau mereka. Kebanyakan mereka tidak memakai pakaian rasmi perhimpunan iaitu merah dan hitam.

Di Masjid Negara juga orang ramai mula memenuhi perkarangan dan dalam masjid. Mereka berarak dari stesen keretapi ke masjid itu untuk menunaikan solat Zohor.

Orang ramai juga memenuhi Sogo. Kelihatan polis mengawal ketat kawasan itu termasuk menggunakan helikopter yang berlegar rendah di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Anggota polis memenuhi perkarangan Istana Negara dan bersedia dengan 3 trak water canon.

12.30 tengahari

Polis telah menangkap 67 orang di Kuala Lumpur, apabila 17 orang lagi ditahan di Sogo tengahari ini.

11.45 pagi

Polis terus menangkap mereka yang disyaki bakal menjadi para peserta perhimpunan Mansuh ISA petang ini.

Jumlah yang ditangkap hingga jam 11.45 adalah 51 orang apabila sembilan ditahan di Pasar Seni dan enam di Masjid Jamek. Kebanyakan yang ditahan adalah mereka yang memakai baju hitam dan merah, warna rasmi perhimpunan kali ini.


11.15 pagi

Polis memenuhi hampir semua pusat perhimpunan walau pun perhimpunan hanya akan bermula jam 2 petang. Peserta perhimpunan juga mula berkumpul di kawasan-kawasan yang dikenalpasasti sebagai pusat perhimpunan.

Di stesen LRT Masjid Jamek, orang ramai yang berbaju hitam mula berkumpul dan polis juga ramai di sekitar stesen itu.

Ada laporan mengatakan LRT tidak berhenti di stesen-stesen yang dikira menjadi pusat berkumpul. Antaranya Masjid Jamek.

11 pagi

Polis mula menangkap orang awam yang disyaki datang ke ibu kota untuk menyertai demo mansuh ISA.

Di perkarangan Masjid Negara, tiga peniaga di tahan dan disoalsiasat oleh polis kerana menjual bahan-bahan terbitan pro Pakatan Rakyat. Selain mereka, 19 lagi turut ditahan di sini.

Sementara itu, 14 anggota Unit Amal yang mahu membantu perhimpunan ini ditahan. 13 dari Perak manakala seorang dari Melaka. Mereka ditahan sebaik sahaja tiba di KL Sentral.

Walaupun perhimpunan dijangka bermula jam 2 petang ini, namun orang ramai mulai memenuhi pusat-pusat perhimpunan.

Antaranya Masjid Jamek, Sogo, Padang Merbuk, KL Sentral dan juga Pasar Seni.

ISA Sedutan dari MSO

Himpunan Sudah Hampir Berakhir

[kemaskini] 4:00 pm Himpunan dan perarakan untuk menyerahkan memorandum menghapuskan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong yang bermula tengah hari tadi sudah hampir berakhir. Ternyata benteng pertahanan polis sungguh ampuh untuk dirempuh para himpunan.

Ketika ini kelompok himpunan sudah berpecah dalam mengelakkan diri dari serangan polis. Ketumbukan di Sogo juga yang merupakan ketumbukan terbesar sudah pecah. Sebahagianya melaikan dii ke Jalan Raja Laut ke ibu pejabat Pas yang terletak di situ.

Deklarasi atau memoandum pemansuhan sempat dibaca oleh GMI di Sogo. Bagaimana pun perarakan ke Istana Negara tidak dapat dilakukan kerana halangn polis yang menggunakan blantan, gas pemedih mata dan water cannon.

[kemaskini] 3:00 Beberapa pemimpin utama Pakatan termasuk Anwar Ibrahim kini berada di Sogo. Sogo masih lagi dalam kawalan dan kepungan polis. Ketumbukan dari luar Sogo temasuk di masjid Negara juga bergerak untuk bersatu dengan ketumbukan di Sogo.

Kawalan ketat polis di sepanjang jalan ke Dataran Merdeka, masjid Negaa dan istana Negara menyebabkan perarakan untuk ke masjid Negaa bagi mengiringi penyerahan memorandum tidak akan kesampai. Polis juga sudah menyembur water cannon dan menembak gas pemdih mata.

[kemaskini] 2: 15 Polis bejaya memecahkan ketumbukan dari masjid Jamek. Mereka bepecah. Sebahagian bertempiaran dan sebahagian menyatu dalam kelompok kecil untuk bersatu dengan kelompok besa di Sogo. Di Sogo polis terus mengawal keadaan dan tangkapan dilakukan. Tiada laporan dari masjid Negara.

Di sekitar Sogo polis mulai menyerang si baju merah Unit Amal Pas. Ketika ini sudah ada beberapa roang anggota Unit Amal dipukul dengan blantan.

[kemaskini] 2:10 Ketumbukan dari Sogo juga sudah mula berarak menuju ke masjid Negara. Walaupun polis membuat sekatan dan kepungan ketat namun orang ramai tidak hiraukan sekatan itu. Mereka cuba juga meloloskan diri untuk ke masjid Negara. Perarakan digemai dengan laungan Allahuakbar. Naib Naib Presiden Pas, Sallehudin Ayub mengelapai ketumbukan ini.

Penyertaan dari kalangan oang Cina pada ketumbukan ini juga memberasangkan.

[kemaskini] Ketumbukan anti ISA dari masjid Jamek sudah mula bergerak menunju ke masjid Negara untuk bersatu dengan kelompok anti ISA di disitu sebelum bergerak menuju ke Istana Negara. Pergerakan itu dikawal 70 unit amal Pas manakala jumlah ketumbukan sekitar 100 orang. 2:00 pm

MUNGKIN matlamat untuk menghimpun 50,000 oang untuk berarak mengiringi penyerahan memorandum mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Yang di-Pertua Agong agar dihapuskan tidak akan tercapai. Ini kerana sejak awal pagi lagi polis telah menghalang dan membuat tangkapan terhadap para himpunan.

Sehingga kini seramai lebih 200 orang yang disyak menghadiri penghimpunan berkenaan ditangkap di Sogo dan sekitar Masjid Negara. Tangkapan ini bukan saja terhadap aktivis GMI tetapi sesiapa saja yang disyaki akan menyertai himpunan itu akan dicekup.

Tangkapan paling aktif ialah di Sogo. Sebanyak lima buah trak sudah penuh dengan hasil tangkapan. Polis dikatakan bertindak ketelaluan bila mana turut sama menangkap orang yang sedang makan atau membeli belah di kompleks berkenaan.

“Sesiapa saja bekopiah dan berjanggut akan ditangkap,” begitu ujar seorang peserta yang sempat melarikan diri dari dicekup polis di Sogo. Beliau turut melaporkan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin turut ditangkap.

Tindakan polis ini juga dikira awal berbanding dengan apa yang berlaku sebelum ini. Dalam peristiwa seumpama itu polis hanya menangkap setelah para himpunan berhimpun dan berarak. Selalunya para himpunan diberikan masa dan nasihat untuk besurai sekurang-kurang dua kali. Selepas nasihat tidak diedahkan baru tangkapan mula dibuat.

Tindakan polis ini mungkin sesuai dengan perubahan jawatan Menteri Dalam Negeri (KDN) yang baru yang bertanggungjawab mengawal polis hari ini iaitu Hishamuddin Hussein sepupu Najib Razak.

Bagaimana pun tindakan awal polis ini mungkin juga kerana bimbang dengan keadaan himpunan hai ini menimbulkan ketegangan bila mana hari ini juga satu lagi puak dikenali Magaran turut menyibuk sama mengadakan himpunan untuk menyerahkan momerandum kepada Yang di-Pertua Agong.

Gabungan itu dikepalai Majlis Maufakat Perpaduan dan Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang dikenali dengan puak yang menyokong kerajaan. Magaran ini diwujudkan sejak beberapa hai ini tegasnya selepas GMI bercadang untuk mengadakan himpunan berkenaan. Orang penting kedua NGO ini dikenali sebagai pembodek kerajaan.

Apakah Magaran itu sengaja diwujudkan sebagai taktik agar membolehkan polis bertindak awal mengagalkan himpunan hari ini dengan menangkap peseta himpunan anti ISA?

Ada bukti kemungkinan Magaran ini sengaja diwujudkan kerana jelas kehadiran kumpulan di tiga tempat yang ditetapkan tidak seberapa. Magaran telah mengarahkan orangnya behimpun di Pasar Seni, Padang Merbok dan Dataran Merdeka. Ketiga-tiga tempat ini semuanya lengang kecuali kelihatan trak polis dan pasukan FRU berkepala merah. [*** kl 1:50 pm 01/08/09]
Posted by mso.im at 1:51:00 PM 4 comments
Labels: BERITA
Catatan Sebelum Berarak
Himpunan: Melayu Jangan Jadi Alat

SEMUA pihak yang akan turun berhimpun kemudian berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan dua memorandum, mansuhkan ISA dan pertahankan ISA mungkin sudah siap sedia. Sudah ada yang mengenakan baju t shirt yang dicetak khas untuk dipakai petang ini.

Mungkin juga ada yang sudah membeli tuala kecil dan air mineral untuk dibawa. Tuala kecil dan air mineral penting dalam tunjuk perasaan begitu kerana ia akan jadi senjata pelindung dan penawar untuk mengurangkan rasa pedih terkena gas pemedih mata ataupun watar cannon.

Semuanya bersemangat. Mungkin ada yang tidak tidur daripada semalam kerana memikirkan himpunan hari ini. Yang duduk jauh di Kedah, Kelantan atau Terengganu juga mungkin sudah sampai ke ibu negara malam tadi. Apa lagi ia berlaku pertembungan antara pro ISA dengan anti ISA himpunan petang ini dirasakan menarik.

Perasaan mereka yang akan hadir atau memberi perhatian kepada himpunan ini yang dijangka melibatkan lebih 50,000 bagi kedua-dua kumpulan melihat dalam dimensi berbeza. Ada yang menganggap himpunan itu seius dan penting dan tidak kurang pula yang merasakan ia sebagai satu tekanan politik ke atas UBN saja.

Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik atau baru terlepas dari halangan AUKU kerana sudah tamat pengajian melihat himpunan petang ini serius dan menjadi gelanggang buat mereka melatih menjadi pemimpin. Bagi mereka himpunan dan tunjuk perasaan itulah satu-satu cara untuk menegakkan keadilan dan menuntut kebenaran. Cara lain yang lebih diplomasi dan menggambarkan ketinggian akal budi bangsa sudah tidak ada lagi. Perundingan, tidak perlu kerana ada pihak yang tidak boleh dipercayai dan diberi kepercayaan kerana sikap munafik mereka! Lagipun demonstrasi adalah hobi kalangan muda.

Apa lagi para pemimpin juga turut sama membei semangat. Dalam hal ini pemimpin Pas nampaknya lebih bersungguh berbanding dengan pemimpin PKR dan DAP. Komender himpunan ini ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub. Kenapakan jawatan ini tidak dipegang bersama oleh dua parti Pakatan lain, DAP dan PKR? Apakah anggota Pas lebih ramai menjadi mangsa ISA berbanding dengan DAP dan PKR maka keutamaan itu diberikan kepada Pas? Apakah Pas mengira jika ISA dimansuhkan mereka akan mendapat sokongan tambahan dari oang Cina dan Melayu?

Kesungguhan Pas ini semakin jelas apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang juga akan turut sama hadir. Mulanya Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat akan ikut sama hadir. Beliau menyatakan sejak awal lagi akan hadir. Kalau pun petang ini beliau tidak hadir tidak menjadi masalah yang penting beliau telah memberi restu atas pehimpunan itu. Mungkin gambar-gambarnya akan turut sama diarak oleh anak-anak muda sebagai simbolik yang Musyidul
Amnya itu juga hadir.

Sekiranya Pas yakin dan percaya tunjuk perasaan itu satu-satu jalan penyelesaian dan makenisme berkesan dalam menuntut sesuatu perkara, nah... ia perlu diteuskan. Tetapi soalnya apakah sudah tidak ada cara lain yang lebih lunak dan tidak melibatkan massa untuk memperbaiki sesutau keadaan? Apakah jalan perundingan sudah tertutup dan bukan satu cara lagi dalam menyelesaikan masalah bangsa dan negara?

Berarak ramai-ramai sambil membawa sepanduk, kain rentang dan melaungkan berbagai slogan menyeronokkan. Ia menjadi aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan. Namun begitu ia tidak cukup setakat mendapat kelabaan itu saja tanpa melihat apakah natijah daipada tindakan itu.
Kita tidak mahu melakukan kerja yang sia-sia yang bersifat hora hore.

Barang kali segenap daripada kita perlu menilai apakah siri-siri tunjuk peasaan sebelum ini membuahkan hasil. Apakah kerajaan akur kepada tuntutan yang disuarakan menerusi tunjuk-tunjuk perasaan dan himpunan desakan? Dan apakah semua isu boleh diangkat ke atas jalan raya?Ini semua perlu dinilai dengan sifat dan sikap politician yang arif dan bijak.

Penghujung tahun 2007 diadakan himpunan 100 ribu anjuran Bersih kerana menuntut pilihan raya adil dan telus. Kira-kira 40,000 telah turun berarak dan menuju ke istana negara. Perhimpunan dikira terbesar selepas pasca pengkapan Anwar Ibrahim.

Apakah selepas memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertua Agong, rakyat memperolehi pilihan raya bersih dan telus? Apakah SPR telah memenuhi tuntutan bersih itu. Apakah pilihan raya ke-12 lalu wujud kebersihan dan ketelusan yang diingini itu?

Begitu juga dengan pelbagai tuntutan lain yang dijeritkan menerusi tunjuk perasaan? Kenaikan harga minyak dan barangan yang diadakan secara bersiri di perkarangan KLCC? Apakah kerajaan akur dengan segala tuntutan itu? Berapakah harga minyak dan barangan diturunkan? Apakah harga minyak diturunkan kerana perarakan itu ataupun kerana kebetulan harga minyak dunia jatuh?

Dalam penilaian saya hasilnya daripada tuntutan-tuntutan menerusi tunjuk perasaan itu tidak seberapa. Ia tidak mengugat kerajaan sehingga memaksa kerajaan memenuhi segala tuntutan itu. Rakyat tidak mendapat manfaat besar daripada cara itu. Malahahn kerajan seolah tidak penah mendentar segala tuntutan yang dibuat menerusi demonstrasi itu yang mana menjadikan demonstrasi itu sebagai kerja sia-sia saja.

Lantaran itu jadilah tunjuk perasaan itu sebagai tekanan ke atas kerajaan sahaja. Ia menganggui kerajaan untuk mentadbir negara. Dan kalau inilah tujuan sebenarnya di sebalik tunjuk perasaan itu ia bolehlah dianggap berjaya? Boleh jadikan tunjuk peasaan sebagai senjata untuk menjatuhkan UBN.

Pun begitu timbul persoalan di sini apakah tunjuk peasaan itu disertai semua lapisan masyarakat berbilangan kaum. Misalnya dalam tunjuk perasaan dianjurkan Pakatan Rakyat baik dalam semua isu, apakah ia mendapat sambutan dan penyertaan penyokong an ahli parti komponen Pakatan lain terutamanya DAP.

Pernahkah kita menilai sejauh mana komitmen penyokong DAP dalam hal ini. Dalam beberapa puluh tunjuk perasaan yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur penyertaan penyokong DAP jauh lebih rendah berbanding pentokong Pas, kecuali dalam tunjuk peasaan di Perak.

Yang menonjol ialah orang Melayu, ahli Pas dan PKR. Orang Pas sahajalah yang ralik keluar ke jalan-jalan rakyat menyuarakan bantahan. Orang Paslah yang menguruskan tunjuk-tunjuk perasaan itu seolah-olah Pas pakar dalam membuat perarakan atau demonstrasi. Sebaliknya pula apabila sampai masa membahagi hasil kejayaan itu Pas dilihat parti yang kecil.

Petang ini kita mahu tengok berapa ramaikan ahli dan penyokong DAP akan menyertai perhimpunan itu. Kerana isu yang dihadapi kini adalah isu bersama dan bukan terkhusus kepada isu umat Islam. Kita tidak mahu himpunan hari ini didominasi orang Melayu saja sementara bukan Melayu khasnya yang menyokong DAP hanya dua tiga kerat sahaja.

Kita tidak mahu hanya Lim Kit Siang, Lim Gung Eng, Tian Chua atau Ronnie Liu sahaja yang hadir. Sekurang-kurangnya hai ini masyarakat Cina dari DAP akan mengisi suku daripada jumlah himpunan. Sekiranya jumlah masyarakat Cina yang kaluar petang ini tidak sampai suku ini bermakna, mereka hanya menguntip untung daripada apa yang berlaku saja, iaitu petembungan Melayu UBN dan Melayu Pakatan.