Jumaat, 22 Mei 2009

Memang sudah agak

Keputusan itu memang sudah diagak dah. Sebab Lu punya kuasa kpd panel hakim ...dapat berkokoklah. Lu memang tapi rakyat Perak terus protes sehingga dibubarkan DUN. Biar rakyat beri keputusan, Kepada negerinya.

Sekiranya otak dipakai, Tiga calon bebas tu memang atas tiket DAP & PKR (semasa akad nikah dulu, bila nak bersetubuh, panjat belakang BN - Pelik) Kalau ya pun nak kahwin dgn BN, buat surat cerai dulu, iaitu surat letak jawatan. Barulah betul - Buat mengundi semula dikawasan 3 DUN itu. Barulah dapat jawapan. Tengok rakyat suka - Memang lagi atau kalau sudah rakyat benci kalah. Orang asli pun boleh berfikir, bodohnya UMNO/BN.

Tulah kalau selalu sangat makan rasuah, diugut oleh Najib utk sebarkan 3 DUN itu dgn rasuah - terus ikut telunjuk Najib masuk BN. PM, suka main jalan belakang. PM no.1 - Liwat.

Khamis, 21 Mei 2009

Nizar MB Perak

Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.45pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Isnin, 18 Mei 2009

Rahsia BN bacul

INI ISUNYA UMNO SUDAH JADI BACUL SEKARANG ...!!

Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah2 sekarang ini telah hilang jatidirinya hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya.

Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya
apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam Pilihanraya..

Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan muktahir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya.

Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya.

Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk mengadakan Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan.?

Berikut dihuraikan satu demi satu sebab2 yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:

1)Sokongan Rakyat.!
UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas.Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri.

Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa.

Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang.Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja.Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi.


2)Kekalahan demi kekalahan.!
Umum mengetahui dalam keempat-empat pilihanraya yang dijalankan BN mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun mereka menang di DUN Batang Ai yang kita ketahui bagitu mudah sekali mereka memanipulasi peti undi.

Kekalahan yang BN alami juga agak luar biasa, kerana majoriti undi yang dimenangi PR di keempat-empat PRK meningkat. Ini adalah petanda jelas yang rakyat semakin menolak BN. Perkembangan ini merisaukan mereka kerana bertambahnya rakyat yang menolak mereka.

Malah dalam PRK Kuala Terengganu yang dahulunya dimenangi UMNO dalam PRU12 juga jatuh ketangan PR,dengan majoriti yang meningkat.
Ini menunjukkan tiada lagi kawasan selamat bagi mereka kerana di kubu mereka sendiri pun BN tewas kepada PR.

Apatah lagi jika DUN Perak dibubarkan dengan Perkembangan terkini yang lebih memihak kepada PR, sudah tentulah banyak kawasan-kawasan yang dimenangi UMNOBN dalam PRU 12 akan dapat di tawan oleh PR. Dan perlu diingatkan bahawa ada kawasan-kawasan tertentu, UMNO menang dengan hanya Majoriti di bawah 500 undi..!


3)Belum dapat modal PRU 12 lalu..!
Kita sedia maklum BN akan mempergunakan berbagai jentera kerajaan malahan wang ringgit akan ditaburkan dalam PRU atau PRK.

Sedangkan kita tidak tahu selepas PRU atau PRK mereka akan mengambil balik modal yang mereka tanam dalam PRU atau PRK melalui projek-projek yang mereka dapat apabila mereka berkuasa.
Semasa Pilihanraya, mereka akan mengeluarkan balik Modal berupa wang ringgit untuk dilaburkan dan untuk mengaburi mata pengundi supaya menyokong mereka.

Sedangkan rakyat yang celik tahu dari mana datangnya sumber wang tersebut, kalau bukan wang rakyat sendiri.Dengan wang itulah mereka membayar upah poster,upah pekerja,upah kempen dan memeberikan sumbangan kononnya mereka prihatin. walhal itu adalah rasuah politik yang nyata sekali.

Sebab itulah apabila mereka kalah, mereka akan melalak mencari kesalahan kerajan PR disebabkan polisi pemberian kontrak yang tidak memihak kepada mereka.

Walaupun polisi itu menguntungkan rakyat contoh seperti isu sampah di Selangor dan Isu Pengambilan Pengurusan Air oleh kerajaan Selangor, yang mendapat tentangan hebat dari NGO2 yang kita ketahui adalah Pro BN.

Sebab itulah apabila mereka mendapat kuasa di Perak mereka bermati-matian mempertahankannya, walaupun jalan yang mereka pilih adalah salah disisi undang-undang. Tetapi mereka langgar juga demi mendapatkan balik modal yang mereka hilang semasa kejatuhan BN di Perak dalam PRU12 lalu.

Jika mereka nafikan, mari kita cabar mereka isytiharkan harta setiap Pimpinan BN seperti yang di lakukan oleh kerajaan PR Selangor.


4)Takut berhadapan dengan rakyat..!
BN sekarang amat memahami yang mereka sememangnya akan ditolak oleh rakyat dalam PRK lebih-lebih lagi apabila berlaku Krisis Politik Perak. Kata-kata Tun Mahatir juga telah mengambarkan kekalahan yang akan dialami BN jika Pilihanraya diadakan di Negeri Perak.

Krisis yang berlaku ini menyebabkan rakyat Perak berada dalam kekalutan, di mana mereka masih keliru mengenai status kerajaan yang layak memerintah Perak sekarang. Ini kerana kedua-dua pihak sama ada PR atau BN
masing2 mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan masing-masing tidak mahu mengalah.

Dalam hal ini rakyatlah yang sepatutnya menjadi hakim. Sepatutnya DUN dibubarkan dan memberi mereka pilihan memilih kerajaan yang disukai. Nada yang sama di mainkan oleh PR inilah yang menyebabkan rakyat lebih memihak kepada PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih meneruskan dasar memepertahankan kuasa mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat jelata.Mereka menggunakan berbagai cara yang umum ketahui amat biadap dengan menggunakan Polis sebagai pelindung mereka.

Faktor inilah yang menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat kepada BN. Inilah masalah BN nanti apabila mereka akan berhadapan dengan rakyat sekirannya ditakdirkan Pilihanraya diadakan.

Buktinya sehingga ke hari ini ceramah PR di Perak telah mendapat sambutan yang hangat, dengan kehadiran berpuluh ribu rakyat untuk mendengar Penjelasan dari PR.

Sedangkan dalam masa yang sama BN masih lagi belum berani memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat.
Dan Program penerangannya juga mesih tidak kelihatan, kerana mereka sedar situasi rakyat ketika ini yang sangat marah dengan tindakan mereka.

Mereka saat ini hanya selesa mengadakan sidang akhbar sahaja.Itulah tanda ketakutan BN yang sangat jelas sekali dapat dilihat.Malah Tinjauan yang diadakan oleh berbagai pihak termasuk NTV7 mengatakan majoriti rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan.




5)Isu-isu yang lebih memihak PR..!
Selepas PRU12,BN dilihat semakin layu dengan berbagai Isu yang melanda mereka.Isu berkenaan telah menyebabkan kapal BN semakin parah dipukul gelombang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.

Isu perebutan kuasa PM antara Najib dan Pak Lah hampir-hampir menimbulkan keretakan yang besar jika tidak kerana kesudian Pak Lah meletak jawatan. Itu pun setelah Pak Lah disalahkan kerana menjadi punca kekalahan besar BN dalam PRU12 yang lalu.Tetapi yang pelik BN masih lagi kalah dalam PRK yang diadakan selepas itu.

Bebagai isu pula bertali arus melanda BN seperti pergeseran UMNO Bukit Bendera dengan Gerakan P.Pinang.

Isu komisen Kapal selam, Pembunuhan Altantuya, Rasuah dalam Pemilihan UMNO yang mana menyaksikan Ketua Pemudanya yang di sahkan rasuah menang dalam jawatan tersebut.Isu hampir 1000 lapuran rasuah dalam pemilihan UMNO yang tidak disiasat.

Malah Isu ADUN lompat juga telah mengaibkan nama UMNO sendiri apabila dua daripada tiga ADUN tersebut mempunyai kes mahkamah atas tuduhan yang UMNO sendiri dakwa dahulu.Isu ADUN inilah yang menyebabkan keadaan kucar-kacir di Perak sekarang ini.

Isu PPSMI yang mendapat tentangan golongan Sasterawan Negara sehingga rakyat bangkit membantah dengan mengadakan himpunan aman yang dihadiri lebih kurang 100,00 rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.

Malah golongan ini berjuang pula diatas pentas bersama-sama PR yang tentunya memberikan kelebihan kepada PR itu sendiri.

Malah isu kemelesetan ekonomi juga menggangu BN, kerana rakyat melihat BN masih lagi terkapai-kapai dalam mengatur kembali ekonomi negara malahan krisis ekonomi tersebut semakin buruk melanda sekarang ini.Sehingga beribu-ribu warga Malaysia hilang pekerjaan.

Sudah tentulah isu-isu ini memihak kepada PR, ditambah dengan beberapa Program- programnya yang mendapat sokongan padu rakyat. Seperti program-program kebajikan yang diusahakan di setiap negeri yang di perintah PR seperti yang kita sedia maklum.


Isu-isu inilah yang akan memeningkan kepala dan memberikan tekanan kepada BN. sebaliknya memberikan kelebihan kepada PR apabila berhadapan dengan rakyat jika berlakunya PRK DUN Perak nanti.


6)Faktor Najib..!
Ramai dikalangan ahli UMNO mengatakan Pak Lah adalah Punca kekalahan BN dalam PRU12. Sedangkan mereka tidak sedar faktor kekalahan BN bukanlah berpunca dari Pak Lah seorang sahaja.

Jika dibandingkan Najib dengan Pak Lah, kita dapat lihat kepimpinan Pak Lah tidaklah seteruk Najib. Kelemahan Pak Lah adalah kerana suka tidur dan memimpin sambil lewa sahaja tetapi harus kita akui Beliau antara Pemimpin UMNO yang sangat kurang terpalit dengan skandal. Malah beliau dilantik dalam keadaan yang tidak terpalit dengan skandal.

Malah kejatuhannya bukanlah disebabkan beliau sendiri tetapi kerana kelakuan menantunya iaitu Khairy Jamaluddin yang lebih sudu dari kuah.Walhal Pak Lah adalah pemimpin UMNO yang dibawah kepimpinannya tidak terlalu kasar tindakan terhadap rakyat mahupun pembangkang.

Ini berbeza dengan Najib yang mula-mula dilantik sudah terpalit dengan berbagai skandal, malah bertindak keras terhadap rakyat dan pembangkang. Malah perlantikan beliau sendiri menimbulkan kecurigaan rakyat apabila tiada satu pun ucapan tahniah diterima daripada seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, beliau dikutuk pula dengan laporan akhbar di 19 buah negara yang mengaitkan beliau dengan Pembunuhan Altantuya.

Ini menumbulkan keraguan kerana sehingga ke hari ini, beliau langsung tidak bertindak keatas akhbar tersebut malahan bersikap berdiam diri seperti seorang yang bersalah.

Pada mula memegang jawatan beliau mengumpan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA. tetapi beberapa hari kemudian berlakulah pula pesta tangkapan yang bermotifkan politik. Malah pentadbirannya dikatakan dikuasai pengaruh Tun Mahathir yang cukup dikenali sebagai perosak sistem Pentadbiran di negara kita.

Ini menimbulkan kebencian rakyat dan mereka menyatakan kemarahan mereka dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Malah jika dalam PRU12 Undi Melayu memihak kepada BN di Zaman Pak Lah, tetapi di Zaman Najib Undi Melayu kepada BN semakin pupus dan berpihak kepada PR, Malah Undi Melayu meningkat pula kepada PR. Ini dibuktikan di PRK Permatang Pauh,PRK kuala Terengganu Dan PRK Bukit Gantang kubu kuat orang Melayu.

Maka Najiblah sebenarnya Punca kekalahan BN, kerana bukan sahaja sokongan orang Melayu semakin merosot. Malah pengundi bukan melayu pun telah menolak BN sejak PRU12 lagi.

Jadi kesimpulannya disini dapatlah kita tafsirkan bahawa sememangnya jika dilihat kepada hujah-hujah diatas, BN sekarang ini memang layaklah untuk berasa fobia menghadapi Pilihanraya.
Tetapi harus di ingat, kuasa BN akan tamat juga. Apabila sampai masanya kita mengadakan PRU ke 13, yang mana di masa itu BN takkan dapat memberikan seribu alasan lagi, demi menyelamatkan diri dari menghadapi Pilihanraya.

Wassalam

Selasa, 12 Mei 2009

Politik Ganu kite

kemas kini] Polis Terengganu telah membuat kenyataan berhubung bekas Setiausaha Politik bekas MB Terengganu, Ahmad Ramzi yang dikeluarkan waran tangkap semalam. Menurut polis Ramzi telah tampil ke balai polis beberapa orang penyokong dan bukan ditangkap seperti maklumat diperolehi sebelum ini. SAH Dr Ramzi telah ditangkap polis. Beliau katanya ditangkap di Jertih jam 8:30 pagi tadi. Beliau kini dibawa ke IPK Terengganu. Reporter sedang mengerumuni IPK untuk mendapat penjelasan lanjut.

ADA maklumat mengatakan Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (Dr Ramzi) telah ditangkap polis pagi ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM). HARI ini 12 Mei, tanggal yang disebut-sebut Umno Terengganu akan disusun semula. Katanya kedudukan Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Umno Terengganu akan berubah. Pengerusinya, Hishamuddin Hussein ada nama lain untuk diganti di tempat Mat Said. Siapa?

Khabar ini rasanya tidak berapa benar dan tidak logik. Hishamuddin baru saja diumumkan oleh Najib Razak sebagai pengerusi Umno Terengganu dengan Mat Said sebagai timbalan. Apakah Hishamuddin sedia mengkhianati pilihan Najib?

Bukan itu saja menukar dan mengenepikan Mat Said ia bermakna mengenepikan restu istana kepada Mat Said. Khabarnya juga motif penyusunan semula itu untuk memenggalkan jawatan Mat Said sebagai MB Terengganu?

Justeru tidak mungkin Hishamuddin akan menambahkan pening kepala Najib. Isu di Perak belum habis dan melanda kembali kini, nak mula dengan Terengganu pulak? Kalau begitu rosak jahanam semua Umno Malaysia ini. Makanya tidak mungkin ada penyusunan semula Umno Terengganu kini.

Hishamuddin katanya telah membuat penyelidikan dan kajian mengenai kelemahan dan kekuatan Umno Terengganu. Katanya dia telah turun ke Terengganu untuk mengenal pasti masalah dalam menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan itu. Sebelum beliau memberi taklimat kepada pihak istana Terengganu beliau sudah turun awal-awal ke negeri penyu menangis itu.

Timbul sedikit keanihan kenapa Hishamuddin seolah melindungi pemergiannya lebih awal ke Terengganu dalam rangka mencari kesimpulan bagi menenangkan ombak politik Umno Terengganu itu. Dalam kenyataan kepada media beliau seolah memaklumkan kepada istana dulu sebelum hendak berbuat sesuaatu ke atas Umno Terengganu! Manakala pemergian ke Terengganu itu juga diminta supaya disembunyikan.

Apakah yang silap di sini dan apakah Hishmuddin ada agenda lain di Terengganu. Beliau memang ke Terengganu tetapi bukan menemui akal umbi tetapi menemui buah hati! Apakah maksud buah hati itu pulak? Apakah Idris Jusoh buah hatinya?

Biarlah, Hishamuddin dan orang politik memang ada berbagai agendanya sendiri. Agenda itu pula kekadang terlalu confidential. Misalnya dua orang wakil rakyat dari Kelantan ada kekasih masing-masing yang sedang menuntut di Universiti Malaya. Hujung minggu mereka akan ke Kuala Lumpur, beri tahu isteri dan anak buah kononnya ada mesyuarat parti atau agensi tertentu. Walhal mereka berfoya-foya dengan buah hati masing-masing.

Hujung minggu mereka akan ke UM ambil buah hati untuk makan-makan dan sebagai-sebagainya. Nama kekasih kedua-dua wakil rakyat berkenaan sudah pun dalam tangan saya. Hanya tunggu hari untuk disahkan dan 'dikebekkan' dalam blog ini.

Berbalik kepada cerita Umno Terengganu tadi, kalaulah benar hari ini Hishamudin akan umumkan perstruktruan semula Umno Terengganu melibatkan Mat Said ia adalah satu tindakan kurang bijak. Apa lagi kalau 10 orang Adun yang menjadi penganggu kepada Mat Said itu diambil kira ia akan menjadikan Umno Terengganu makin celaru.

Sebaiknya Hishamddin usah bermain api di Terengganu. Beliau harus tinggalkan politik Umno Terengganu kepada orang Terengganu. Orang Terengganu lebih mengetahui segalanya. Mereka akan mengetahui ikan apa ada di bawah lautan hanya dengan melihat kepada pecahan ombak apabila ikan itu sesekali menyedut udara di atas muka laut.

Hishamuddin kalau nak pergi ke Terengganu untuk bersuka ria dan berkelah pergilah tidak ada siapa nak marah.

Kemelut yang berlaku sudah semakin jelas. Yang terbungkus sudah mula 'terkebek'. Apabila polis sudah nak tangkap orang bernama Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, maka jelas siapa di sebalik penyebaran SMS tempoh hari. Orang ini pula adalah bekas Setiausaha Politik, Idris Jusoh. Apakah Idris tidak terlibat dalam soal ini?

Mungkin SMS itu dirangka demikian rupa. Disuruh buat dan dihantar ke dalam telefon sendiri kemudian buat report polis. Matlamatnya ialah untuk tidak mahu hadir siang dewan. Tujuan tidak mahu hadir sidang dewan supaya dewan kelihatan kosong dan yang ada Mat Said dengan speaker saja. Dengan cara itu dunia akan melihat Mat Said dipulau oleh Umno sendiri.

Maka betul dan benarlah kata Rahman Bakar, kemelut politik di Terengganu untuk menjatuhkan Mat Said ada grand design.

Kalaulah itu strategi kumpulan 10, itu silap. Mereka terlupa mengenai kehebatan Mat Said yang boleh berkawan dengan orang Pas. Semua Adun Pas di dewan katanya menyokong Mat Said. Pembelian dua ekor kambing Harun Taib oleh Mat Said adalah signal jelas bagaimana Mat Said rapat dengan orang Pas sampai boleh masuk ke dalam gok (kandang) kambing beor orang Pas.

Beginilah hidup. Selalu berlaku, walaupun perancangan manusia bijak tetapi bijak lagi perancangan Allah azajawa. Inilah kelemahan manusia tidak menyedari mereka berada di bawah kekuasan Tuhan. Kalau niat tidak betul maka semua perbuatan menjadi ‘belok belekar’.

Kepada Hismamuddin beliau harus selidiki dulu soal SMS itu. Beliau Menteri Dalam Negeri yang jaga polis. Kerah polis serek segera Ahmad Ramzi, soal dan siasat dia habis-habisan jangan bersikap double standard pula. Buka dan kobek apa yang ada dalam Umno Terengganu sebenarnya. Lepas itu barulah Hishamuddin buat keputusan.

Ramzi ditahan

Ugut ADUN: Ramzi ditahan polis
May 12, 09 12:15pm
kemaskini 4.53pm Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ditahan polis bagi membantu siasatan kes penghantaran SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas yang mencetuskan krisis terbaru di Terengganu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh ditangkap di satu lokasi di bandar raya ini pada kira-kira pukul 8.30 pagi setelah gagal tampil memberi keterangan berhubung kes itu, lapor Bernama.

Polis memberi tempoh tiga hari sehingga petang semalam kepada Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan tetapi tidak muncul-muncul sehingga polis mendapatkan waran tangkap.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Ahmad Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Menurut agensi berita itu, polis turut merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah bekas pegawai kanan menteri besar itu di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu kira-kira 3 petang semalam.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.

Hamzah berkata, dengan penahanan Ahmad Ramzi, yang juga calon BN bagi parlimen Marang, polis yakin siasatan terhadap kes itu sudah 95 peratus selesai.

Beliau berkata ahli politik itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan lanjut dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

"Sebaik siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," Hamzah dipetik berkata.

SMS Dr Ramzi

KUALA TERENGGANU, 12 Mei: Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ditahan polis pagi tadi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada 13 April lalu.
Ugutan bunuh itu berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”

Polis mempunyai bukti bahawa beliau terbabit menghantar SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu kepada Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamil yang mengesahkan penangkapan tersebut.

Semalam, polis mendapatkan perintah waran tangkap kepadanya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberikan untuk memberi keterangan mengenai sms ugutan itu yang berakhir pada jam 3 petang semalam.

Pada malan 13 April lalu, Ramzi turut mengiringi Zakaria dan Abdul Halim membuat laporan polis berhubung sms ugutan bunuh itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Beliau yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai calon BN bagi Parlimen Marang tewas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 2,747 undi.