Jumaat, 31 Julai 2009

Istana Kelantan

Sedikit Kisah Monahara Odelia Pinot

KISAH si pragawati, Monahara Odelia Pinot, 17 yang melarikan diri dari suami Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra bukan saja setakat menjadi kisah kesukaan remaja perempuan yang suka mengikuti kisah-kisah atau gosip perkahwinan artis dan orang-orang kenamaan, tetapi ia sudah menjadi kisah yang merakyatkan di Indonesia. Hampir seluruh rakyat Indonesia bejumlah lebih 238 juta yang celik huruf tahu mengenai kisah itu.
Kisah Monahara itu benar-benar dikomerselaiskan di Indonesia. Ia bukan dilihat satu balada malang bagi dua insan yang perlu diberi simpati, tetapi dijadikan modal untuk mencari rezeki oleh pihak tertentu.
Kalau sebelum ini ibu Monaharat, Daisy Fajarina dikatakan memperalatkan anaknya untuk menyelesaikan masalah peribadinya termasuk hutang bernilai jutaan ringgit, tetapi kini ia sudah berjangkit kepada paa kapatilis di Indonesia yang sentiasa terjeler lidah kelaparan.

Status yang diberikan kepada Monahara sebagai 100 pragawati tercantik di Jakarta menyebabkan beliau mudah menjadi perhatian. Keadaan ini tentulah ditambah dengan kedudukan bekas suaminya Tengku Fahkry sebagai kerabat di raja (pangeran) di Malaysia.

Pengeskplotasian ini bukan saja tentang kisah perkahwinan singkat itu, tetapi Monahara juga kini sedia tampil menjadikan dirinya sebagai modal kepada para kapatalis untuk dikomerselaiskan semahunnya. Tindakan Monahara itu tentulah menyeronokkan para kapatalis kerana mereka mendapat modal baru.

Tidak diketahui kenapa Monahara rela berbuat begitu atas kehendak hatinya sendiri ataupun kerana permainan ibunya. Atau pun apakah kerana terdesak untuk meneruskan kehidupannya, maka mereka anak beranak akan sedia melakukan apa saja walupun menjatuhkan martabat diri?
Di sini rasanya mustahil kalau Monahara berbuat begitu kerana kekurangan wang, kerana banyak juga wang Tengku Fakhry katanya dibolo menerusi ibunya. Apakah Monahara menjadi alat dan mangsa kepada ibunya sendiri?

Yang mengambil kesempatan ke atas Monahara bukan saja kapatalis dalam media cetak yang meyiarkan dan mensensasikan kisah perkahwinan dan perceraian itu seluasnya di dalam akhbar dan majalah tetapi ia juga terbawa ke dalam televisyen. Rangkaian telivesyen RCTI misalnya telah menyiarkan diari (Sitcon) kehidupan Monahara setiap hari pada Isnin - Sabtu jam 6:00 petang. Tidak cukup itu tv berkenaan siap mengadakan promosi sepanjang hari dengan meletakkan gambar Monohara di kaca tv dan diadakan kuiz mengenai perihal diri Monahara yang digambarkan sebagai diseksa itu.

Di sebatang jalan utama di kota Medan satu papantanda besar mempromosikan rancangan itu dipasang. Melihat kepada bentuk papan tanda itu tentulah harganya mahal mencecah puluhan ribu. Tentu juga papan tanda itu bukan hanya dipasang di Medan tetapi dibandar-bandar lain juga di seluruh Indonesia.

Bayangkan berapa wang yang dikaut oleh syaikat televisyen berkenaan. Kalau papan tanda gergasi begitu boleh dipasang pastilah incomenya mencecah puluhan jutaan ringgit.

Nampaknya kisah perkahwinan singkat Monahara dan Fakhry itu telah memberi keuntungan besar kepada para kapatlis Indonesia dan juga sumber kehidupan baru kepada Monahara sendiri yang menjadi pelakun. Memang kapatalis ini tidak penah memikirkan soal dan perasaan orang lain. Apa yang mereka pentingkan ialah wang dan wang.

Dalam sebuah akhabr terbitan Medan, Ahad lalu terdapat satu rencana menceritakan mengenai sebuah syarkat filem di Indonesia akan membuat filem berhubung pekahwinan Monahara dan Fakhry itu. Menuut rencana itu filem berjudul "Phara Cinta Sang Pangeran" itu akan memulakan penggambarannya pada Ogos depan. Antara tmpat yang akan menjadi lokasi penggambaran ialah di Malaysia. Rencana itu ada menyebut tempat di Malaysia ialah di bumi kelahiran Fakhry (Kelantan).

Paling merujakan saya apabila membaca rencana itu, ia tuut memberi gambaran Tengku Fakhry juga akan dilibatkan sama dengan penebitan flem berkenaan. Katanya, pihak Fahkry sudah dihubungi dan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam pembikinan filem berkenaan.

Kalaulah laporan menerusi rencana itu satu kebenaran ia sesuatu yang menngilankan. Rasanya tidak perlu kalau Fakhry ikut sama terlibat dalam pembikinan flem berkenaan. samada sebagai apa sekalipun tidak elok kalau Fakhry terlibat. Penglibatan itu akan menimbulkan persepsi yang Fakhry juga terikut-ikut dengan dengan bekas isterinya untuk mendapat keuntungan murahan.

Hendaknya para penasihat dan rakan korib Fahkry memikir soal ini dan jangan mudah terpedaya dengan eksplotasi para kapatilis yang tidak pernah mengenal hati dan perasaan orang lain. Biarlah setakat Monohara dan ibunya sahaja memperdagangkan diri dan kisah hidup mereka untuk memenuhi kebutuhan seharinya mereka. Kita masih ada maruah dan sumber lain untuk meneruskan kehidupan. Usah mudah mengangkat bendera putih dalam hidup!

Isnin, 20 Julai 2009

www.sisterislam.org.my - Murtad?

"Bukan arahan dari mimpi kaum lelaki, lantas perintahkan wanita berpakaian comel..."

Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan 'Sister In Islam' (SIS) yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca dan barangkali diri mereka sendiri.

Umum mengetahui, bahawa pendukung kuat 'Sisters in Islam',prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu.

Terdahulu, tulisan SIS dalam akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk 'Seeking justice for Muslim women' yang memperkatakan diskriminasi terhadap wanita Islam dan menyatakan bahawa negara Malaysia mengamalkan aparteid agama (religious apartheid).

Polemik ini pada asalnya dimulakan oleh Marina Mahathir apabila pandangannya tersiar di laman web Malaysiakini.com.

Dakwa beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi pendukung SIS yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas, mengkoreksi serta membincangkannya.

Begitu juga di laman web SIS segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.

Setelah di perhatikan secara asasnya tulisan serta pandangan SIS adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Seperkara yang unik dan ganjil terhadap SIS ialah setelah melemparkan tohmahan, kritikan, tuduhan dan ketidakpuasan hati, tidak pula memberi saranan-saranan, cadangan-cadangan mahupun idea-idea yang dirasakan bernas bagi memperbetulkan ketidak adilan (jika benar) terhadap wanita Islam.

Tidak berhajat untuk mengupas panjang atau membariskan semua kenyataan mereka ini untuk dipatahkan hujah, memadai dikutip beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

1. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

2. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. "Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

3. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". (petikan penuh dalam www.sisterislam.org.my)

Jelas kelihatan di dalam kenyataan tersebut ia bersifat sembrono,melulu dan kabur yang diasaskan secara emosi semata-mata.

Lihatlah petikan yang pertama (1), ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' tersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat?

Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :-

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Ini kata-kata dan janji Allah, bukannya rekaan, permintaan atau pemberitahuan kaum lelaki kepada kaum wanita.

Sekiranya Tuhan yang ingin dipertanggunjawabkan, maka saya pulangkan kembali untuk khalayak pembaca menilai sendiri sikap dan pendirian mereka ini.

Petikan kedua (2), menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Benarkah iman seseorang dikuatkuasakan dengan cara kuku besi? Jika benarlah, tentulah pihak-pihak SIS orang yang pertama dihukum penjara, denda atau dicakar mukanya dengan kuku kerana tidak bertudung.

Tetapi lihatlah betapa bebasnya pendukung SIS dengan gaya tersendiri malah berupaya menuduh pula Islam dan pengamalnya secara sesuka hati.

Berkaitan tentang kenyataan "paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Saya berpendapat bahawa SIS telah tersalah raba tentang surah yang dimaksudkan.

Surah-surah tersebut memberi kefahaman bahawa ?Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Ditujukan kepada umat Islam agar tidak memaksa orang bukan Islam menganuti agama ini.Sila lihat sirah petikan surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama."

Adalah suatu kebiadapan apabila seseorang memutarbelitkan maksud atau tafsiran ayat tersebut demi kepentingan diri dan cuba menyesuaikan ayat tersebut dengan prinsip dangkal yang mereka miliki.

Manakala petikan (3) pula ialah "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki."

Sekiranya pandangan ini bersandarkan hukum logik semata-mata, apalah gila dan mabuknya mematuhi peraturan jalan raya seperti penunggang motosikal perlu memasang lampu pada siang hari sedangkan terbukti kemalangan motosikal semakin lama semakin meningkat malah bertambah buruk dan Malaysia adalah salah satu negara yang terburuk kadar kemalangannya.

Fakta meningkat keganasan, kemalangan bukanlah menjadi satu alasan (escapism) untuk mengabaikan peraturan atau tidak perlu kepada peraturan tersebut.

Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari lantas memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.

Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Terpulanglah kepada SIS untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah).

Cuma untuk episod-episod yang mendatang, janganlah mengheret khalayak pembaca dengan buah fikiran yang berpusing-pusing tak berkesudahan.

Teringat seorang tua berkata: "Punca anak kecil merengek dan menangis kerana lapar, dahaga dan sakit. Selain itu hanya sekadar inginkan perhatian dan jangan dilayan sangat, nanti bertambah mengada-ngadanya."

Saya pulangkan semula kepada sesiapa untuk mencantas hujah secebis ini. Jika saya salah, perbetulkan dan mohon bertaubat.

Yang terbaik datang daripada yang Maha Esa manakala yang buruk, silap dan lemah datang daripada saya sendiri. - azm

Nota: Isu SIS telah banyak dihujahkan malah di Muktamar PAS juga ianya turut berkumandang. Artikel ini telah saya tulis dan disiarkan pada 26 April 2006. Tujuan ulasan secebis ini adalah kerana saranan seorang sahabat agar memperbetulkan pandangan khalayak pembaca terhadap Islam yang telah diputar belitkan oleh kenyataan SIS.

(Segala kritikan, teguran dan pandangan sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Rabu, 15 Julai 2009

Islam PAS Menang

2:269) al-Baqarah
"ALLAH SWT memberikan HIKMAH(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki NYA. Barang siapa mendapat HIKMAH itu, sesungguhnya dia telah mendapat kebajikan yang banyak. Dan tidaklah yang menerima peringatan, melainkan golongan yang berakal."
DENGAN KUASA ALLAH SWT
Surah al-Isra’ ayat 81 menukilkan:
“Bila mana datang KEBENARAN, lenyaplah KEBATILAN. Dan sesungguhnya yang BATIL itu pasti akan lenyap.”

…Kalau diikut logic akal, dengan jentera-jentera pencacai di segenap media perdana apatah kawasan seliaan KESEDAR, puak PUAK ANGKUH PERTUBUHAN DONGENG ZIONIS UMNO-BN LAKNATULLAH sepatutnya menang besar.
Namun benarlah
JANJI ALLAH SWT
ISLAM PASti MENANG!
1-0 pun menang juga bro…
Kesian…
Komen-komen puak mereka seolah-olah mereka pembangkang di bumi BERTUAH MALAYSIA tercinta ini…
Kesian…
Firman ALLAH SWT
(112:1-4) al-Ikhlas
(113:1-5) al-Falaq
(114:1-6) an-Naas
Hayati baik-baik. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau menang Pertandingan Tilawah sahaja.
ADA HIKMAH TERSEMBUNYI berkat AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT.

Wahai para Patriot Pejuang Perajurit ISLAM,
Kerja kita bukan mudah.
PUAK ANGKUH PERTUBUHAN DONGENG ZIONIS UMNO-BN LAKNATULLAH tealah menanam benih kedurjanaan kurang lebih 50 tahun lamanya.
Kerja kita bukan mudah.
Sejarah telah mengajar kita bagaimana Perjalanan Perjuangan Pemimpin para Syuhada’, Imam Ali b. Abi Talib r.a.
Penuh ranjau, duri dan onak. Ambo kalau baca riwayat hidup beliau terutama selepas kewafatan Junjungan Besar SAW begitu hiba mengenangkan Semangat Ali dalam Menegakkan kalimah Tauhid dalam erti kata sebenar.

Jangan kita leka,
KERJA KITA TIDAK MUDAH.
Keahlian dan Pilihan Raya bukan Perkara Pokok dalam PERJUANGAN ISLAM.
Niat tulen kita mestilah IKHLAS LILLAHITAALA dalam TEGAKKAN KALIMAH TAUHID.
Sekali lagi,
KERJA KITA BUKAN SENANG.
Mesti HIKMAH dan FATANAH.
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA.

RASULULLAH SAW mengambil apa juga keputusan atau pendekatan LILLLAHITAALA atas Kepentingan Ummah seluruhnya.
ISLAM tertegak atas lima perkara:
1. Memurnikan akidah.
2. Memuliakan akhlak.
3. Meng Istiqamah syariat.
4. Pengorbanan harta.
5. Pengorbanan diri.
KENA PAHAM BETUL-BETUL!
Terkini, Marhaen FC 23/6/2009
Formasi 1-3-2-2-2
Pendekatan HIKMAH dan FATANAH.

Goalkeeper- TokGuru Hadi
Lastman aka captain- TuanGuru Nik Aziz
Bek tengah- Maulana Karpal
Bek kiri- Master Kit Siang
Bek kanan- Otai Uthayakumar
Twin-midfielder- Sifu Anwar dan Panglima Husam
Twin-winger- Dr. Dzul dan Ir. Khalid
Twin-striker- the Hustler Guan Eng dan the Lion Gobind Singh Deo
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.

Wahai para Patriot Perajurit Pejuang ISLAM
PutraJaya dah melutut kepada kita para DAI’E FISABILILLAH
Pejabat Perkhidmatan Awam PERSEKUTUAN dalam genggaman erat BERHIKMAH para Syuhada’ PASforALL
Insan-insan terkeliru hanya tunggu masa dan ketika.

Tinggal lagi para sahabat sekalian..
Usah FITNAH, ANGKUH dan BURUK SANGKA.
ALLAH SWT BERSAMA KITA.

TASBIH! TAHMID! TAKBIR! ISTIGHFAR!
Dengan ILMU, kita wajib berdakwah
Tuafiq Hidayah HakMilik MUTLAQ ALLAH SWT.
ISLAM LEAD THE WIND OF CHANGE.

HijratunPutraJaya menggamit kita para DAI’E FISABILILLAH
Satu Malaysia: Rakyat diutamakan, Pencapaian disegerakan.
KITA REALISASIKAN.
WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH.
ALLAHUAKBAR! INSYA ALLAH.

Selasa, 7 Julai 2009

UMNO memalukan

tak perlu kerajaan perpaduan..umno tu yang perlu berubah..buat malu orang melayu je..kalau setakat melayu tu takpa la ni mengaku islam tapi tak mahu ikut islam..
masjid dah tak ramai orang..disko ngan pup penuh la pulak bangsa melayu yang mengaku islam tu.. no ekor usah cerita laa memang banyak lah keparat2 ni..bila orang tegur marah..pandai menjawab pulak tu..jawapannya aku berjudi bukan mencuri..tahu pulak mencuri tu berdosa tapi berjudi tak berdosa ke..pelik-pelik...ini lah akibatnya kalau kita tak rombak sistem pemerintahan kita..takat tu je laa kemajuan islam di malaysia ni..bila orang sebut bab hudud dia tanya orang tu kenapa tak buat padahal dia ada kuasa..kuasa besar pulak tu..kuasa persekutuan.. yang si cerdik agama dah terbahagi dua.. golongan pemerintah ni takkan tegur perbuatan-perbuatan maksiat di negara kita ni..kesudahannya kita labelkan golongan yang nak bawa pembaharuan ni extrimis..bangkit la saudara seislamku..sedar..sayang anak cucu kita..bukan senang nak dapat nikmat yang besar iaitu islam..kita patut bersyukur sebab lahir-lahir dah islam..hargai lah.. jangan lah kita perlekehkan golongan-golongan ulamak..banyak benda yang kita tak tahu..belajar lah..jangan ikut budaya ikutan syaitan,yahudi,nasrani buruk akibatnya..
perkara yang paling aku kesal bila orang islam itu sendiri tidak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam..
aku ingin bertanya kepada semua pembaca yang budiman,adakah anda perhatikan keadaan sekeliling,
1)berapa ramai orang islam dimalaysia yang solat lima waktu
2)berapa ramai anak-anak muda yang menghormati orang lebih tua
3)berapa ramai golongan cerdik al-quran
DAN KITA BANDINGKAN PULA DENGAN SATU LAGI GOLONGAN.
1)berapa ramai yang berebut-rebut masuk pertandingan menyanyi
2)berapa ramai peminum arak dikalangan masyarakat melayu-islam
3)berapa ramai golongan yang mengejar semata-mata dunia.
maha suci allah..ampunkanlah dosa-dosa saudara seislam ku kerana gagal mempertahankan kesucian islam dimuka bumi malaysia.ya allah ya tuhanku.. selamatkanlah kami danketurunan kami dari terjerumus ke lembah maksiat yang hina.selamatkan lah kami dari kehancuran dan kerosakan iman-amin

Rabu, 1 Julai 2009

Perak jadi Emas

Hishamuddin Rais | May 22, 09 6:37pm
Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.

Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul.

"Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak.

Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.

Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.

Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat.

Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib. Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.

Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.

Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu. PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina.

Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.

Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar.

Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.

Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi.

Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.

Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.

Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.

Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara.

Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.

Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.