Selasa, 17 Mac 2009

UMNO sudah Seghiat

UMNO sedang mengalami penyakit 'seghiat'.

Tahukah anda apa itu penyakit seghiat?

Masa saya tinggal di kampung pada dekad 1970-an dulu ungkapan berkenaan pernah didengar. Seghiat itu adalah istilah orang di kampung kelahiran saya dalam daerah Baling yang membawa makna haus seperti tapak kasut. Sesiapa juga yang terkena penyakit ini lama kelamaan akan pupus. Jadi kalau individu yang dihukum itu mulanya adalah calon dan bakal membarisi kepimpinan UMNO akan tersingkir dari senarai berkenaan. Mungkinkah penyakit seghiat ini akan jadi realiti? Atau ia akan terus tegak? Saya berpendapat andai penyakit seghiat ini berterusan, lambat laun kerajaan yang ada kian lemah lalu berganti dengan alternatif yang ada dan kini sedang dibajai. Secara tidak langsung Bahasa Melayu kelak akan terpelihara. Sebaliknya jika UMNO terus tegak, Bahasa Melayu kelak akan diserang penyakit seghiat seperti yang dibimbangi oleh SN Dato' A Samad Said yang sedang dalam program Kembara Kasih Bahasa dengan memanfaatkan pentas Pakatan Rakyat. Beliau melahirkan rasa kesal kerana dikatakan sedang didalangi oleh pihak tertentu khususnya parti politik. Pada hal dia sehingga kini ketika usianya telah menjangkau ke angka 76 tahun, beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik semenjak dahulu lagi.

Tiada ulasan: