Ahad, 1 Mac 2009

Nama Allah dalam bible

Orang arab yang bukan islam sudah lama memakai istilah Allah di dalam bible. Syeikh Qardhawi,ulama muktabar dunia islam pun takda komen pasal penggunaan Allah oleh orang arab bukan islam. Begitu juga syeh-syeh dan ulama dari kalangan arab. Mereka ( orang arab ) memahami bahawa Allah adalah tuhan iaitu Robb.

Begitu juga keadaan di kalangan mereka penganut kristian ada yang membantah penggunaan Allah di dalam bible. Saya pernah membaca keratan akhbar berita harian. Penganut kristian ( bukan majoriti ) ada mengatakan, "selepas penggunaan Allah,apa lagi yang pihak gereja mahu ubah? Adakah perlu penganut kristian semua berpuasa di bulan ramadan dan bersembahyang 5 waktu seperti orang islam?"..

Mereka sendiri sekarang sudah kalut mencari tuhan. Sedangkan pihak tertinggi gereja sendiri sudah tertipu oleh bible,maka kukuhkanlah pegangan agama kita bahawa "Katakanlah: Dialah ALLAH yang maha Esa,ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu,Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan DIA"..Al-Ikhlas 1-4.

Kekusutan tentang penggunaan nama Allah bolehlah kita rujuk sesama dengan berlapang dada dengan membaca dan memahami firmanNya.

" Katakanlah: Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu,dan untukku agamaku."

Rakan2 bloggers yang beragama islam. Marilah kita beriman kepada Allah. Tunjukkan kita penganut Allah yang bukan apa yang mereka sembah. Itu yang lebih baik dari kita menganggu ibadat mereka sesungguhnya janganlah kita mencari musuh dengan Rasulullah s.a.w di akhirat kelak dengan menyakiti hati jiran-jiran kita yang bukan beragama islam.

Taasub pada Tuhan yang satu iaitu ALLAHU JALLA JALALUH

Solawat ke atas Rosul yang terakhir sollallahu alaihi wasallam khotimul anbiya'

Tiada ulasan: