Sabtu, 21 Februari 2009

Hudud & Qisas > Al Quran

Sapa kata allah xsuruh laksanakan hudud dan qisas?? sapa kata xda dlm alquran?? tp xtau plak dlm kitab islam ada ke x???

bn@umno dak kroni2..sila baca dan paham kan..semoga dibuka pintu hati..

[174]
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[175]
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

[176]
(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah).

[177]
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

[178]
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[179]
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

3 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

kalau kerajaan dulu makan tahi... pas ikut ke? pas ni parti syorga tak kan lah perangai syaitan jugak.

beri tanah tak salah undang2. tapi salah moral kerana khianati agenda atau pillar melayu islam... itu kan tanah melayu asalnya.

macam hamas dan fatah bermusuh yang tak bersatu perangi israel... macam bantu israel pulak. begitulah pas tak bersatu dengan umno...tapi sokong karper harbi.

pas.. jadilah maksom jangan jadi mek som!

MOL.fm berkata...

PAS bergelut nk perjuangkan HUDUD. Tapi sedar tak yg DAP langsung tak sokong hudud.. yg jadi kroni DAP nape? kan pelik tu .. PKR lepas tangan la pasal diorg bukan kisah pasal hudud pon .. ade Anwar bising pasal hudud?

Saya terang2 ngaku saya takkan paling tadah dengan kerajaan. saya sekolah dari tadika sampai SPM sampai lah ke IPTA semua dengan bantuan kerajaan. Tapi tu bukan persoalan..

Hudud ni bagus .. tapi saya tetap menolak PAS sebab diorg bergabung dengan DAP. nk laksanakan hudud saya terima sebab saya juga org Islam. saya menyokong perjuangan Hudud .. ape nk takotkan ... jgn buat salah .. settle ..

Agenda DAP nk lenyapkan hak istimewa org2 melayu dan Islam amnya.. Jgn ambil ringan.. DAP amat berhati hati dalam perjuangan diorg ni ..

Tinggalkan DAP, Perjuangkan Hak ISLAM dari kacamata kita org2 melayu. Dari apa jua sudut .. Hudud adalah undang2 yg terbaik.

kasutlama berkata...

pinjam mukadimah.

Sapa kata allah xsuruh laksanakan hudud dan qisas?? sapa kata xda dlm alquran?? tp xtau plak dlm kitab islam ada ke x???

YO LAH TUH...
KAU JAWAB LAK..

KEK KELANTAN DAN KODAH TUH KENAPO TAK BUEK ????
EDEN ULANG KONAPO TAK BUEK????
PAS DAH POGANG KAN???

KAU TAKUT KEK BN KO ATAU KEK ALLAH???.
EDEN ULANGI KEK ALLAH???.

BNAH POI MELALAK KEK TOK2 DAN ULAMAK2 PAS TUH.
JANGAN NAK SALAHKAN BN YO...

KAU BUEK DULU KITO TENGOK CAMANO..