Sabtu, 21 Februari 2009

Nik Aziz MB

Siapa yang tidak kenal Nik Aziz. Seorang Ulama yang mengegarkan malaysia dengan ucapan-ucapan penuh kontroversi. Kontroversi itu hanyalah pada yang tak memahami tapi tidak kepada yang faham.
Saya ikhlas katakan yang saya tidaklah faham hukum-hukum tertentu dalam agama kita. Umum mengetahui Nik Aziz pernah berucap dengan mengatakan Allah itu pun mencarut.Mencarut?? Benarkah nik aziz kata begitu?
Ya saya akui,beliau ada berkata begitu. Bahkan saya mendengarnya sendiri dari TV1 dan TV3 ketika itu.Tapi,benarkah Allah mencarut? Baiklah...saya huraikan bukan kerana Nik aziz,tetapi dengan niat untuk ilmu kepada semua yang setia membaca ,memaki,menghamun di blog siasah ini.

Apa yang tuan tuan di sini faham tentang mencarut? Mencarut,memaki,menghamun sebenarnya adalah sama. Cuma penggunaan frasa yang berlainan. Di kelantan amnya tidak menggunakan frasa ini tetapi menggantikannya dengan frasa "menyapo". Maknanya, "menyapo" ini juga sama maksud dengan frasa yang sebutkan di atas. Tidak lari dari asasnya. Saya petik ayat quran mengenainya..

Bismillah..Sekadar mengingatkan ucapan nik aziz tentang Allah Mencarut.

‘Dan mereka bertanya kepadamu mengenai haid, katakanlah ia memudaratkan dan jauhilah wanita (dari bersetubuh) pada masa haid. Jangan dekati mereka (untuk bersetubuh) sehinggalah mereka suci. Setelah mereka suci datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang suci. Isteri kamu adalah ladang bagi kamu. Datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu suka dan sediakanlah (amal baik) untuk diri kamu dan betakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya kelak dan gembirakanlah orang-orang yang beriman’‌. al baqaroh-222.

"Isteri kamu adalah ladang bagi kamu. Datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu suka"

Kepada yang berkenaan,apakah maksud isteri kamu umpama "ladang" bagi kamu. "Datangilah" "ladang" kamu seperti mana yang kamu suka.
Senang faham,maksudnya "cangkul lah" "ladang" itu kerana ianya halal bagi suami isteri. Mencarut tak bunyinya? Faham ke ni?

Apa beza BABI dengan KHINZIR? Binatang makhluk Allah ini sering disebut dalam perbalahan kita semua. Adakah dengan menyebut KHINZIR maka terkurang hukum haramnya? Ianya hanya frasa dan tidak mengurangkan maksudnya. Cuma bahsanya agak sopan. Tutup hal babi ini.

Berlaku pula kematian. Encik Zali pergi menziarahi jenazah. Di tengah jalan,pak anjar menegur "nak kemana cik zali?" jawab zali "nak tengok mayat". Musti pak anjar rasa gerun. Kita cuba tukar frasa. Pak Anjar menegur encik zali "nak ke mana cik zali?" jawab zali "nak tengok mayyit". Hah!!? Apa bendanya mayyit ni? Ketahuilah bahawa "mayat" dan "mayyit" itu sama maksudnya. Hanya berlainan frasa sahaja.

Apa bezanya "air panas mati" dengan "air panas meninggal dunia"?? waduhh..Tutup hal ini.

Bab Kemaluan.

Kemaluan perempuan di sebut FARJ. Bahasa Melayu panggil apa? aduh..malu saya nak sebut. nak sebut ke? Tak mengapa,demi penjernihan ilmu Allah. PUK* atau PANTA* adalah bersamaan maksudnya. Tidak berkurangan akan ia. Cumanya FARJ @ FARAJ itu berbahasa arab,jadi kita kurang malu,tapi kalau sebut dalam bahasa melayu...bertumbuk pun kita mahu. BENAR KAN? Kesimpulannya,dapatkah kita menidakkan adanya ayat-ayat berunsur mencarut,makian di dalam Al-Quran yang suci ini.? Banyak lagi yang nak di sebut,tapi saya tak mampu..

Kepada sahabatku didalam islam seperti zali,dewata,cherry,bn@umno,add, dan lain-lain yang tak dapat sebutkan namanya,saya menyeru agar nama TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT tidak di sebut lagi dalam perbincangan kita khusus kalau ianya mengenai hukum agama. Bukan kurang doanya untuk penyatuan ummatan malayuwiyyah Islamiyyah di setiap solatnya. Sekali lagi saya ulang,saya tidak mewakili TG NIK Aziz dalam penerangan ini. Ianya saya ambil terus berdasarkan al-quran dan hadis dan ianya adalah tanggungjawab saya sendiri.

Tiada ulasan: