Sabtu, 21 Februari 2009

Ukur baju di badan sendiri

Mempermainkan atau memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz boleh di ketegorikan fitnah. Saya menyeru agar mendengar ceramah Nik Aziz berkenaan isu mencarut sampai habis. Jangan dok dengar keratan2 video yg telah diedit di TV-TV. Mmg lain, hanya bagi mereka yg inginkan kebenaran dan kesahihan. Bagi mereka yg takut pada kebenaran, boleh duduk dalam kelompok jahil (bodoh), kerana anda sendiri tidak mahu kepada kebenaran.

Dan membiarkan diri dalam kejahilan adalah dosa.

Mengapa perlu menyeru Nik Aziz keluar dari politik. Siapa kata Islam dan Politik tidak boleh dicampur. Kalau tiada politik, tiadalah kerajaan diMadinah & Mekah.

ISLAM itu syumul, dalam erti kata @ maksud lain, LENGKAP. Dari ekonomi, perbankan, rumah-tangga, jenayah, sehinggalah kepada adab makan, adab tidur, adab masuk tandas, Semuanya ada belaka. Tak pernah kedengaran ISLAM itu SYUMUL kecuali berpolitik. Tak masuk akal begitu, malah menyalahi akal yg Tuhan berikan. Sudah namanya lengkap, kalau berkurang walau satu pun, bermaksud tidak lengkap.

Contoh:
Org boleh makan guna garfu, sudu, chopstik, kaki (itu hak masing2) tetapi Islam menggalakkan menggunakan tangan untuk makan.

Org boleh menggunakan suara untuk menyanyi benda yang sia-sia, tetapi Islam menggalakkan menggunakan suara untuk bermunajat, berzikir, berceramah.

Org boleh memilih untuk memakai baju atau bertelanjang, tetapi Islam mewajibkan menutup aurat.

Islam dianugerahkan untuk membimbing manusia hidup dalam fitrah kejadiannya sepertimana tujuan Pencipta menciptakan Manusia dan Islam.

Setiap brg yg anda beli, pasti ada MANUAL nya. Beli TV ada manual, beli Radio, ada manual, beli garam pun Ada manual (bahan2). Jika kita menggunakan peralatan itu tanpa mengikut Manual yg diberikan (sepertimana peralatan itu diciptakan dengan fungsi2 yg sepatutnya), maka rosak lah peralatan itu.

Begitu juga Manusia, Manualnya Islam, dibukukan dalam bentuk KITAB (Al-Quran) dan disampaikan, diajarkan, diterangkan (Hadis2) oleh kekasih Allah yg Maksum, Muhammad SAW supaya manusia itu berfungsi sepertimana yg Pencipta mahu Manusia itu berfungsi. Dan barang siapa tidak mengikut Manual (Al-Quran dan Hadis), menolok Islam malah mengambil mana yg mereka mahu dan meninggalkan mana yg mereka tidak berkenan, maka mereka itu telah menzalimi diri2 mereka sendiri. Disebabkan mereka telah menzalimi diri mereka sendiri, maka Allah telah menyediakan suatu azab yg pedih bagi mereka yg berpaling.

Jadi amatlah saya tidak bersetuju dengan pemikiran bahawa Ulamak, ustaz itu harus duduk disurau2, masjid sahaja. Itu bukan pemimpin, sedangkan Ulamak itu warasatul anbiak: ulamak itu perwaris nabi.

Ulamak dan ustaz harus pegi mengajar disurau2, masjid2 madrasah. Tidak boleh melibatkan diri dalam Politik. Ini pemikiran org yg tidak yakin bahawa Islam itu SYUMUL.

Yg mengotorkan POLITIK adalah manusia, dan yg membersihkan POLITIK adalah Islam.

contoh:
Yg mengotorkan pergaulan antara lelaki & perempuan adalah MANUSIA. Dan yg mensucikan pergaulan adalah Islam (dengan batas2, dengan berkahwin supaya HALAL).

Itu lah Islam. Hebatnya Islam ini bagi saya, secara jujur dan ikhlas dari saya; tiada satupun Ugama di atas dunia selengkap ISLAM. Allahuakbar.

Islam tidak terperuk di Surau2, Masjid2, Madrasah2. Islam itu seluas-luasnya (feqah, tauhid, syariah, perbankan, jenayah politik, sosial, pemakanan, adab makan dan etc.)dan LENGKAP-SELENGKAP2 NYA (dikurang walau sedikit pun). Mana mungkin Allah menganugerah sesuatu yg tidak lengkap kerna itu menyalahi sifatNya.

Pekerjaan yg paling mulia dan paling berliku adalah berda'wah. Itu lah tugas paling berat yg dipikul oleh golongan Ulamak2. maka tidak hairanlah mereka menjadi cemuhan dan ejekkan org. Difitnah malah diputarbelitkan.

Kenapa saya berkata demikian, cuba kenbali mengamati lembaran SIRAH hidup manusia agong, Rasullullah. Betapa beliau diuji, diejek, dicela malah difitnah walaupun dari Bapa saudara sendiri. Tidak hairanlah dan benarlah kata-kata beliau bahawa Ulamak adalah pewaris Nabi. Renungkanlah

Lebih besar tugas mereka, lebih dari seorang engineer, doktor, akautan, dan etc. Lebih mulia tugas mereka kerna mengajak kepada mentaati Allah.

Dimana Allah menceritakan golongan2 yg dilaknat, Yahudi, Firaun, Hamman, Abu Jahal. Mengapa perlunya kisah2 mereka laknatullah ini diceritakan dalam Al-Quran? Kerna golongan2 ini wujud sehinggalah akhir zaman maka ambillah iktibar dan pengajaran supaya umat2 Islam seterusnya tidak menjadi dan wajib menjauhi golongan seperti ini. Sombong dengan kejahilan mereka, merumuskan sesuatu dari akal mereka yg dangkal tanpa dipacu oleh hidayah Allah (Al-Quran & Hadis).

Jadi usah mencemuh ajaran Ulamak yg anda sendiri tidak dengar sepenuhnya. Jika benar salah, mengapa tiada tindakkan dari Jabatan Agama Islam, Mufti2 di Malaysia. Kerna mereka sendiri tahu intipati penuh ceramah2 beliau.

Saya hormati Beliau (Nik Aziz) disbbkan beliau benar2 peraktik kata2 beliau. (Setakat yg didengar dan dilihat oleh saya). Pemimpin yg tinggal diteratak kayu. Bukan banglo, teres pun bukan, flet pun pun bukan.

Sama sekali saya tidak mengatakan Beliau tiada kesalahan, dan maksum dan bukan taksub. Tetapi mengajak manusia kepada Allah dan mengajak manusia hidup secara sederhana. Tidak mendambakan Dunia, dan tidak melupakan akhirat. Menyebabkan saya amat mengkagumi ketokohan Beliau.

Sepertimana kita semua adalah milik Allah SWT, dan suatu hari PASTI juga akan kembali kepadaNya. Kesyukuran saya panjatkan kpd Allah kerna telah meminjamkan seorang pemimpin Islam, yg sukar untuk ditemui pada zaman ini.

Cukuplah bagi kita Allah dan Rasul.

Tulisan: Muhasabah Diri
dari pena: PENCINTA ULAMAK

Tiada ulasan: